Baju Tidur dan Pakaian Malam Muslimah

Sexy Silky Classical Pajamas Sleepwear

Baju Tidur dan Pakaian Malam Muslimah? Perkembangan pakaian sekarang ini semakin mendapat perhatian terutama di kalangan pembeli, penjual dan pengeluar. Ketika dahulu, pakaian wanita muslimah amat payah untuk dijumpai. Malah, sesuatu yang lucu apabila permintaan tshirt dan juga blouse labuh ke paras lutut kerna pada waktu itu kerana labuh tshirt dan blouse hanyalah di paras punggung. Bila dilabuhkan lagi, dilihat janggal dari segi trend fesyen malah pernah menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan di kalangan wanita khususnya, baju labuh menyusahkan pergerakkan.

Tetapi, labuh baju kurung tidak dibangkitkan malah baju kurung yang pendek dipanggil baju kurung kedah dan tidaklah pelik jika baju kurung itu pendek tidak menepati baju kurung kedah atau baju kurung yang biasa.

Apabila menyebut mengenai muslimah, secara tidak langsung, kita terbayang, sesuatu baju yang labuh dan besar dan muslimah kini telah dipertingkatkan kefahaman istilah muslimah dalam pakaian iaitu cantik, bergaya dan style. Mudahnya, istilah muslimah dalam trend pakaian terkini ialah labuh, besar, cantik, bergaya dan style. Justeru, bukankah sesuatu yang pelik dan janggal terdapatnya baju tidur muslimah.

Pakaian malam ataupun baju tidur adalah sesuatu yang privasi buat kita semua. semestinya, kita memakainya di dalam bilik kita sahaja atau di dalam rumah kita dengan pakaian yang sesuai dan sempurna menutup aurat apabila berhadapan dengan gender lain di dalam rumah, yang penting ianya ringkas, tidak panas, selesa dan privasi.

Baju Tidur dan Pakaian Malam Muslimah

Sexy Silky Classical Pajamas Sleepwear

Maka, baju tidur yang boleh dibawa keluar bilik dalam keadaan sempurna menutup aurat juga langsung dibawa tidur setelah urusan selesai di ruang tamu. Kerana itu, hadirlah pakaian malam ataupun baju tidur muslimah ini. Kini, Pakaian malam dan baju tidur muslimah didapati di dalam butik kami.

Baju Tidur dan Pakaian Malam Muslimah

Sweety Cat Pajamas

Aktikel daripada rimbunanhati.blogspot.com

Related